Bahan-bahan
Lapisan kelapa
1 paket agar2 serbuk
1 1/2 liter santan
200 g gula @ mengikut selera anda
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas dengan api sederhana. Kacau sehingga santan masak dan semua bahan larut.
2. Tuangkan agar-agar dalam acuan pilihan anda. Jangan lupa kacau sekejap-sekejap sebelum ia beku untuk mengelakkan santan terapung diatas.
Bahan-bahan
Lapisan Ceri
1 bungkus agar-agar serbuk
200 g gula
beberapa titk esen ceri
pewarna merah
1 1/2 liter air
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas didalam periuk dan masak di atas api perlahan kacau sehingga larut dan masak.
2. Tuangkan di atas lapisan santan yang hampir beku tadi.
3. sekiranya lapisan santan sudah beku, gunakan garfu dan carikkan diatas lapisan santan sebelum dituang adunan ceri ini. Biarkan ia beku.
4. Simpan dalam peti sejuk.





