Bahan-bahan:
1 ekor ayam (1.25 kg)
2 sudu besar jus limau nipis
100 ml minyak
40 gm bawang putih – ditumbuk halus
Garam secukup rasa
½ sudu teh serbuk lada hitam
25 gm serbuk ketumbar
25 gm serbuk jintan putih
1 sudu besar cuka
60 ml dadih asli
¼ sudu teh serbuk pala
Cara membuatnya:
1. Gaul semua bahan, lumur pada ayam.
2. Letak di dalam bekas, tutup dan perap dalam peti sejuk selama 12 jam.
3. Panggang secara bergolek di atas bara sehingga masak.
4. Boleh disapu baki bahan perap pada ayam semasa memanggangnya.





