Resepi ini dari blog : (http://blogsimpanresepi.blogspot.com/2011/08/chicken-floss-bun-bun-serunding-ayam.html)
Bahan-bahan :
250 gram tepung roti / tepung berprotien tinggi, diayak
35 gram gula kaster
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh yis segera
1/2 biji telur dipukul sedikit
135 ml susu segar
30 gram mentega dilembutkan
1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar padakelajuan perlahan selama 1 minit.
2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuanperlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
3. Masukkan butter dan gaul hinggasebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
4. Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap yang bersih.
5. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam doh dengan potongan kecil butter.
6. Tutup dengan kemas supaya butter tidak terkeluar apabila membakar nanti.
7. Susun atas dulang pembakar. Biarkan seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang.
8. Bakar doh roti pada suhu 170 c selama 10-15 minit sahaja….







