

Bahan-bahannya
1 cawan mentega
6 biji telur ayam
600 gram tepung gandum
1 kotak buah campur
sedikit buah pala
1 cawan gula kasar
2 cawan gula halus
4 CamT cream of tartar
4 CamT soda bikarbonat
2 CamT esen oren
2 Camt vanila
Caranya
1. Ayak tepung gandum,masukkan cream of tartar berserta soda bikarbonat dan buah pala yang diparut gaul hingga rata. kemudian masukkan kismis. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
2. Pukul mentega dan gula halus sampai gebu.
3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
4. Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata. kemudian masukkan esen oren dan vanila gaul hingga rata.
5. Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus….
6. Tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
7.Tuang adunan kek ke dalam tin pembakar.
8. Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
9. Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek.





