Bahan-bahan
170g mentega
170 g gula caster
4 biji telur
170 g tepung naik sendiri
1 CamT esen vanila
1 biji lemon – parut kulit sahaja
3 – 4 CamB susu cair
Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu pukul sebati.
2. Gaulkan kulit lemon pada tepung dan gaul rata. Masukkan pada adunan mentega gaul sebati.
3. Bahagikan adunan ini kapada 2 bahagian pastikan beratnya sama.
4. Bakar dan sejukkan, jadikan 2 biji kek berasingan.
Bahan krim lemon
84 g mentega
170 g gula ising
1 camB lemon
cara-caranya
1. Satukan semua bahan-bahan diatas kacau sebati.
2. sapukan pada kek.
3. kemudian letakan satu lagi kek diatas kek yang telah diletakan krim lemon.
4. Kemudian taburkan gula ising diatas kek itu.





