Bahan-bahan
1 1/2 cawan susu segar
sedikit hirisan daging yang telah direbus
500 g pasta (berbentuk bow) yang sudah direbus
2 biji telur
1/2 cawan keju parmesan yang telah di parut
garam dan lada sulah secukup rasa
cara-caranya
1. Pukul telur bersama susu segar sehingga kembang
2. Masukkan adunan kedalam periuk dan kacau dengan api sederhana sehingga sederhana pekat. pastikan adunan tidak mendidih.
3. Kemudian masukkan keju parmesan dan kacau lagi.
4. Selepas itu, masukkan pasta dan hirisan daging. Kacau rata.
5. Masak dengan api perlahan selama 1 minit atau sehingga adunan menjadi pekat.
6. Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah.
7. Hidangkan semasa masih panas.





